KUALA LUMPUR, 3 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menolak
dakwaan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin
Nasution berhubung sekatan terhadap kumpulan pemerhati bebas pilihan
raya umum ke-13 (PRU13) yang disifatkan sebagai satu pembohongan untuk
mengelirukan rakyat.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata dakwaan yang
dibuat Saifuddin itu tidak berasas dan meminta beliau tampil sendiri
untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran sebenar mengenai perkara itu
daripada SPR.
“Saya lihat kenyataan yang dibuat beliau tidak tepat sama sekali dan
menganggapnya sebagai cuba untuk mengelirukan rakyat sedangkan tuduhan
yang dibuat itu langsung tidak berlandaskan maklumat yang sebenar dan
tepat,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu rancangan “Hello
Malaysia” terbitan BernamaTV di sini semalam.
Jarumemas: SPR sudah cuba sedaya upaya untuk membersihkan imejnya tetapi kenapalah masih ada yang meragui kewibawaan SPR?
No comments:
Post a Comment