Monday, 12 March 2012

NAJIB'S POPULARITY DOES NOT REFLECT SUPPORT FOR BN, SAYS PAKATAN

KUALA LUMPUR, March 12 — Pakatan Rakyat (PR) lawmakers have said they are undaunted by the rise in Datuk Seri Najib Razak’s approval ratings, and have argued it does not necessarily mean stronger support for Barisan Nasional (BN) or the ruling Umno.

They attributed the prime minister’s increased popularity, which was particularly significant among those in the lower-income bracket, to his administration’s RM500 cash handouts to the same group under the Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) scheme rolled out recently.

But this, said Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, would eventually lose steam once the scheme’s recipients exhaust every single ringgit and if Najib chooses to further delay calling the 13th general election.  Read more

ooppss..... Pemerhati berpendapat hanya pengundi yang akan menentukan segala-galanya. Berilah peluang kepada pengundi untuk membuat keputusan yang sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.

IBU BAPA BOLEH ATASI GOLONGAN 'SONGSANG'

KUALA LUMPUR 11 Mac - Kegagalan ibu bapa memberi penekanan terhadap perkembangan awal kanak-kanak menjadi antara faktor lahirnya golongan 'songsang' yang makin menjadi barah dalam masyarakat hari ini. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din berkata, perkembangan awal kanak-kanak merupakan faktor penting yang mencorak kehidupan seseorang manusia apabila dewasa.

sumber: Utusan Malaysia

ooppss... pemerhati bersetuju dengan kenyataan di atas. Ibu bapa perlu tahu perkembangan anak mereka dan sewajarnya menasihatkan anak-anak mereka dengan baik. Agama Islam melaknat perbuatan songsang ini kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia dan akan menjejaskan keturunan kita. Masyarakat juga memainkan peranan mencegah dan sama-samalah kita  menasihati satu sama lain. Bak kata pepatah 'cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakitnya'.  Ada masanya kita perlu 'menjaga tepi kain orang' sekiranya perbuatan seseorang itu boleh merosakkan agama dan negara kita.

ANAK DERHAKA

Apa salah ibu yang ditinggalkan anaknya di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur kelmarin? Susah sangat ke nak menjaga ibu sendiri yang bersusah payah melahirkan, membesarkan dan melimpahkan kasih sayang tidak berbelah bagi kepada anak-anaknya seramai mana pun. Anak yang melakukan apa sahaja perbuatan yang menyakitkan hati ibu apa lagi membuat sehingga menitis air mata ibu adalah anak derhaka yang tidak akan dapat mencium bau syurga. Di akhirat kelak dia akan lemas dalam air mata ibunya.

Memanglah susah menjaga orang tua apatah lagi yang uzur yang tidak dapat  mengurus diri sendiri. Tahukah anda? Menjaga ibu atau ayah yang sudah tua dengan penuh redha adalah sebaik-baik perbuatan yang diredhai Allah dan ganjarannya pasti ada diakhirat kelak. Doa ibu dan ayah untuk anak-anaknya adalah doa yang pasti dimakbulkan Allah. Apa lagi doa-doa yang baik didoakan oleh ibu dan ayah.

Malah, jika  ibu merasa marah dan berkecil hati dengan perbuatan kita, Allah tetap melaknat kita, apa lagi  derhaka terhadap ibu bapa.....tunggulah balasan Allah yang amat, amat pedih.

ooppss.....berbahagialah mereka yang masih ada ibu yang sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anakanya dan bagi yang tiada ibu doakan kesejahteraan ibu di alam barzakh semoga diampunkan Allah segala dosa mereka...amin.

Tuesday, 6 March 2012

Resipi

Bila ada rakan-rakan yang menanya teman tentang satu2 resipi, sukar untuk teman memberikan sukatan sebenar kerana selalunya teman main2 hentam saja, asalkan jadi kuih. Itu sebab ada yang kata tak sama macam teman buat. Biasanya kuih-kuih tradisional teman buat amcam tulah. Teman ni bukannya pandai sangat tapi mungkindah biasa membuatnya kuih tu jadi. Sesiapa nak resipi kuih LOMPAT TIKAM bolehlah teman beri mengikut sukatannya. Itupun teman dapat dalam satu program masakan di TV mana teman tak ingat. Resipinya begini:

Bahagian bawah kuih:
1 cawan tepung beras
3/4 helai daun pandan (dikisar dgn satu cawan air dan ambil airnya sahaja)
3 cawan air + 1 cawan air daun pandan

Semua bahan dimasak atas api perlahan sehingga  pekat, kemudian masukkan ke dalam loyang atau bekas2 kecil.

Bahagian atas kuih:

1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
1/2 ke  1 camca teh garam (untuk naikkan rasa lemak pada santan)


Kacau atas api sehingga pekat dan kemudian curahkan atas adunan warna hijau tadi.

Air Gula

1 buku gula melaka dimasak dengan 2 cawan air. Letak 1 @ 2 helai daun pandan.

Sejukkan dan hidangkan. Sesuai untuk minum petang.

SELAMAT MENCUBA.

PAS KELANTAN GUNA ROYALTI MINYAK BAYAR PTPTN

Tindakan kerajaan PAS Kelantan membantu melunaskan hutang pinjaman Perbadanan Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada graduan lepasan universiti anak-anak negeri itu menggunakan hasil royalti minyak hanya akan mendatangkan kesan buruk bagi jangka masa panjang kerana hasil royalti tersebut sepatutnya digunakan untuk tujuan yang lebih mendesak bagi pembangunan negeri itu.
 
ooppss.....ada aku kesah!!....selagi duit ada dalam tangan aku....aku punya sukalah!!!

APA LOGIKNYA GAJI PEMBANTU RUMAH RM700

Kenapa pihak kita selalu mengalah?  Seperkata lagi, logikkah gaji ditetapkan sehingga RM700 sebulan dan majikan perlu mengemukakan butir peribadi kepada pihak di Indonesia terlebih dahulu. Sekarang siapa yang mencari kerja? Rakyat Indonesia atau majikan dari Malaysia. 


Sumber: Ruangan Forum Utusan Malaysia

ooppss....Wujudkan Pusat Asuhan Bayi 3 bulan ke 2 tahun. Pusat Didikan Kanak-Kanak antara 3 tahun ke 4 tahun. Tadika 5 - 6 tahun. Gajikan rakyat tempatan dgn memberikan gaji yang setimpal mengikit kelayakan masing-masing antara RM700 ke RM1000. Sekarang ini remaja kita yang berkelayakan dalam bidang ini. Majikan tak perlu membelanjakan beribu-ribu ringgit untuk mendapat seorang pembantu rumah. Para ibu bapa muda pula jgn terlalu mengharap pembantu rumah buat segala-galanya dari menjaga anak-anak sehinggalah memasak, membersihkan rumah, membasuh kain baju da mneggosok. Robot pun boleh mogok!!!

LBGT RUNTUHKAN AKHLAK

Awang Selamat menyorot penolakan oleh pelbagai persatuan keagamaan terhadap hasrat sesetengah pihak  untuk menyerapkan budaya negatif Barat termasuk memperjuangkan hak perkahwinan sejenis ke negara ini perlu menjadi amaran keras kepada  puak terbabit. Meereka menegaskan semua budaya songsang itu perlu disekat masuk. Selain tidak bermoral dan bercanggah dengan ajaran agama, budaya songsang ini akan menjadikan isntitusi  perkahwinan  dan keluarga menjadi huru hara kerana ia membelakangkan fitrah manusia.

sumber: Utusan Malaysia

ooppss.....Selama 400 tahun lebih kita dijajah secara fizikal oleh kuasa-kuasa asing dan kini minda kita pula dijajah melalui alam maya. Generasi masa kini perlu sedar bahawa Barat tidak akan berpuas hati selagi negara kita yang aman damai ini tidak berjaya ditaklunya. Selama ini kita hidup bahagia dan serasi antara satu sama lain, Mengapa perlu kita  menerima budaya Barat yang negara mereka sendiri tunggang-langgang. Allah telah menurunkan pelbagai bala dan musibah ke atas negara mereka. Tidak mungkin bala yang sama akan ditimpakan Allah ke atas Malaysia sekiranya kita lupa pada janji-janji Allah. Renung-renungkanlah......