KUALA LUMPUR 11 Mac - Kegagalan ibu bapa memberi penekanan terhadap perkembangan awal kanak-kanak menjadi antara faktor lahirnya golongan 'songsang' yang makin menjadi barah dalam masyarakat hari ini. Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din berkata, perkembangan awal kanak-kanak merupakan faktor penting yang mencorak kehidupan seseorang manusia apabila dewasa.
sumber: Utusan Malaysia
ooppss... pemerhati bersetuju dengan kenyataan di atas. Ibu bapa perlu tahu perkembangan anak mereka dan sewajarnya menasihatkan anak-anak mereka dengan baik. Agama Islam melaknat perbuatan songsang ini kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia dan akan menjejaskan keturunan kita. Masyarakat juga memainkan peranan mencegah dan sama-samalah kita menasihati satu sama lain. Bak kata pepatah 'cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakitnya'. Ada masanya kita perlu 'menjaga tepi kain orang' sekiranya perbuatan seseorang itu boleh merosakkan agama dan negara kita.
No comments:
Post a Comment