Tuesday, 6 March 2012

LBGT RUNTUHKAN AKHLAK

Awang Selamat menyorot penolakan oleh pelbagai persatuan keagamaan terhadap hasrat sesetengah pihak  untuk menyerapkan budaya negatif Barat termasuk memperjuangkan hak perkahwinan sejenis ke negara ini perlu menjadi amaran keras kepada  puak terbabit. Meereka menegaskan semua budaya songsang itu perlu disekat masuk. Selain tidak bermoral dan bercanggah dengan ajaran agama, budaya songsang ini akan menjadikan isntitusi  perkahwinan  dan keluarga menjadi huru hara kerana ia membelakangkan fitrah manusia.

sumber: Utusan Malaysia

ooppss.....Selama 400 tahun lebih kita dijajah secara fizikal oleh kuasa-kuasa asing dan kini minda kita pula dijajah melalui alam maya. Generasi masa kini perlu sedar bahawa Barat tidak akan berpuas hati selagi negara kita yang aman damai ini tidak berjaya ditaklunya. Selama ini kita hidup bahagia dan serasi antara satu sama lain, Mengapa perlu kita  menerima budaya Barat yang negara mereka sendiri tunggang-langgang. Allah telah menurunkan pelbagai bala dan musibah ke atas negara mereka. Tidak mungkin bala yang sama akan ditimpakan Allah ke atas Malaysia sekiranya kita lupa pada janji-janji Allah. Renung-renungkanlah......

No comments:

Post a Comment