Tuesday, 6 March 2012

Resipi

Bila ada rakan-rakan yang menanya teman tentang satu2 resipi, sukar untuk teman memberikan sukatan sebenar kerana selalunya teman main2 hentam saja, asalkan jadi kuih. Itu sebab ada yang kata tak sama macam teman buat. Biasanya kuih-kuih tradisional teman buat amcam tulah. Teman ni bukannya pandai sangat tapi mungkindah biasa membuatnya kuih tu jadi. Sesiapa nak resipi kuih LOMPAT TIKAM bolehlah teman beri mengikut sukatannya. Itupun teman dapat dalam satu program masakan di TV mana teman tak ingat. Resipinya begini:

Bahagian bawah kuih:
1 cawan tepung beras
3/4 helai daun pandan (dikisar dgn satu cawan air dan ambil airnya sahaja)
3 cawan air + 1 cawan air daun pandan

Semua bahan dimasak atas api perlahan sehingga  pekat, kemudian masukkan ke dalam loyang atau bekas2 kecil.

Bahagian atas kuih:

1/2 cawan tepung beras
4 cawan santan
1/2 ke  1 camca teh garam (untuk naikkan rasa lemak pada santan)


Kacau atas api sehingga pekat dan kemudian curahkan atas adunan warna hijau tadi.

Air Gula

1 buku gula melaka dimasak dengan 2 cawan air. Letak 1 @ 2 helai daun pandan.

Sejukkan dan hidangkan. Sesuai untuk minum petang.

SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment