Monday, 12 March 2012

ANAK DERHAKA

Apa salah ibu yang ditinggalkan anaknya di sebuah hotel bajet di Kuala Lumpur kelmarin? Susah sangat ke nak menjaga ibu sendiri yang bersusah payah melahirkan, membesarkan dan melimpahkan kasih sayang tidak berbelah bagi kepada anak-anaknya seramai mana pun. Anak yang melakukan apa sahaja perbuatan yang menyakitkan hati ibu apa lagi membuat sehingga menitis air mata ibu adalah anak derhaka yang tidak akan dapat mencium bau syurga. Di akhirat kelak dia akan lemas dalam air mata ibunya.

Memanglah susah menjaga orang tua apatah lagi yang uzur yang tidak dapat  mengurus diri sendiri. Tahukah anda? Menjaga ibu atau ayah yang sudah tua dengan penuh redha adalah sebaik-baik perbuatan yang diredhai Allah dan ganjarannya pasti ada diakhirat kelak. Doa ibu dan ayah untuk anak-anaknya adalah doa yang pasti dimakbulkan Allah. Apa lagi doa-doa yang baik didoakan oleh ibu dan ayah.

Malah, jika  ibu merasa marah dan berkecil hati dengan perbuatan kita, Allah tetap melaknat kita, apa lagi  derhaka terhadap ibu bapa.....tunggulah balasan Allah yang amat, amat pedih.

ooppss.....berbahagialah mereka yang masih ada ibu yang sentiasa mendoakan kebahagiaan anak-anakanya dan bagi yang tiada ibu doakan kesejahteraan ibu di alam barzakh semoga diampunkan Allah segala dosa mereka...amin.

No comments:

Post a Comment