Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yakin parti Islam itu dan Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam pilihan raya umum akan datang jika mampu memecahkan tembok dan membuang racun yang ditanam Umno ke dalam pemikiran orang Melayu.
Pengerusi DHPP, Hu Pang Chaw, berkata “racun” itu yang menyebabkan majoriti orang Melayu masih menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Pertamanya, Umno menanamkan racum kepada orang Melayu bahawa hanya Umno penyelamat mereka.
"Keduanya, orang Melayu diracuni Umno bahawa jika Pakatan menang, DAP akan memastikan Cina jadi perdana menteri. Agama rasmi negara akan ditukar kepada Kristian dan Melayu akan dihalau daripada bumi sendiri seperti berlaku kepada Melayu Pulau Pinang sekarang," katanya dalam satu temuramah bersama The Malaysian Insider, baru-baru ini.
Lagi...www.malaysianinsider,com
Jarumemas: Orang Melayu jgn dilayan perkara-perkara seperti ini kerana akhirnya nanti kita juga yang hilang tanah tempat tumpah darah kita. Pembangkang sudah pasti menangguk di air keruh apabila sesama Melayu bercakaran. Ayuh!! bersatu kita ORANG MELAYU..PERSETANKAN pembangkang ini!!!
No comments:
Post a Comment