Wednesday, 13 November 2013

Dr Mahathir rayu PPSMI dikembalikan dalam sistem pendidikan

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merayu supaya mata pelajaran Matematik dan Sains kembali diajar menggunakan Bahasa Inggeris seperti kaedah yang pernah digunakan sebelum ini iaitu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Dr Mahathir berkata, meskipun menggunakan Bahasa Inggeris, semangat nasionalisme masih dapat diterapkan kerana ilmu pengetahuan adalah kunci kejayaan sesuatu bangsa.
"Kita jadi realistik. Bahasa Melayu belum lagi menjadi bahasa Sains dan Matematik.
"Saya Melayu dan saya sayang bangsa Melayu, tetapi saya juga mahu orang Melayu berilmu. Saya merayu mata pelajaran Sains dan Matematik dikembalikan dalam Bahasa Inggeris," katanya ketika berucap dalam Persidangan Antarabangsa Pendidikan Guru dalam Dunia Islam di Petaling Jaya hari ini.
Tanpa penguasaan bahasa Inggeris, katanya, ia akan menyempitkan peluang pekerjaan walaupun individu berkenaan adalah pelajar cemerlang.
"Tanpa penguasaan bahasa Inggeris, kita tiada kelebihan. Nasionalisme bukan setakat bertutur bahasa Melayu sahaja, itu salah," katanya.

Jarumemas: Teman sokong seratus peratus cadangan Tun Mahathir. Beliau sering memandang ke hadapan dan dapat menjangkakan apa yang kita perlu pada masa depan. Tun selalu berfikir di luar kota minda. Mengapa kita tidak mahu menerima pakai cadangan seorang negarawan yang boleh kita jadikan pakar rujuk dalam memajukan negara ini. 

No comments:

Post a Comment