KUALA LUMPUR, 10 April — Umno merancang untuk
meletakkan calon mereka sama ada di kesemua kerusi DAP atau kebanyakkan
daripadanya kerana undi Melayu boleh diharapkan berbanding undi Cina,
kata ahli strategi.
The Malaysian Insider difahamkan, bilik perang Barisan
Nasional (BN) percaya, calon Umno boleh mematahkan serangan DAP di Johor
dan kerusi majoriti Melayu lain berbanding dengan MCA.
“Calon Umno mempunyai peluang lebih cerah untuk mempertahankan kerusi
BN berbanding MCA, jadi kami melihat kemungkinan mengetengahkan lebih
ramai calon Melayu,” kata sumber dari gabungan pemerintah itu kepada The Malaysian Insider.
Jarumemas: Bukan UMNO yang kata, ahli strategi yang kata.
No comments:
Post a Comment