SEREMBAN, 9 April (Bernama) -- Umat Islam perlu
mengelak daripada terjerumus dalam perbuatan ''haram-mengharam'' yang
dilihat boleh menyebabkan perpecahan dan kehancuran di kalangan umat
Islam sendiri.
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jika
berlaku perpecahan, masyarakat Islam di negara ini tidak akan mampu
bekerjasama untuk membawa atau menyumbang apa-apa kejayaan kepada
negara.
"Ada orang kata sembahyang saya tidak ada pahala. Ada orang kata
saya kafir. Ada orang kata saya buat masjid kerana mahu bagi kontrak
pada orang. Tapi yang pentingnya dalam hidup ini niat kita yang baik.
"Kalau macam sesetengah pihak mengadakan kuliah atau ceramah agama
kalau niat kerana agama, Alhamdulillah. Tapi kalau buat untuk tarbiahkan
orang supaya masuk PAS, itu tujuannya lain," katanya kepada pemberita
selepas menghadri majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua jabatan
kerajaan negeri di sini hari ini.
Jarumemas: Perpaduan dan mengeratkan silaturrahim sesama Islam adalah dituntut. Janganlah kerana kepentingan peribadi kita bermusuh sesama sendiri.
No comments:
Post a Comment