KUALA LUMPUR, 9 April -- Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengesahkan tidak akan bertanding pada
pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional
(BN), berkata PRU-13 bukanlah masa yang sesuai untuk beliau bertanding,
sebaliknya ia masa untuk membantu menguatkan jentera Wanita untuk
memastikan kemenangan BN.
"Walaupun saya ''jeneral tentera'' Wanita tapi tak semestinya saya
kena bertanding. Saya seorang yang realistik, masa untuk saya akan
datang tapi bukan PRU-13," katanya dalam sidang media di sini.
Jarumemas: Keputusan yang baik kerana bak kata Tun Mahathir dulu 'do not overstay your welcome'.
No comments:
Post a Comment