PUTRAJAYA, 9 April -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
tidak menolak kemungkinan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13
nanti diadakan pada hari bekerja walaupun kelazimannya diadakan pada
hujung minggu.
"Pengundian boleh diadakan pada mana-mana hari, tetapi SPR perlu
menimbangkan banyak faktor sebelum memutuskan tarikhnya," kata Pengerusi
SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata SPR tidak mahu hari pengundian diadakan pada hari
yang berbetulan ada aktiviti kebudayaan atau upacara keagamaan mana-mana
kaum.
Ia juga akan memeriksa dengan Jabatan Meteorologi mengenai ramalan
cuaca sebelum memutuskan tarikh pengundian, katanya kepada pemberita
selepas menyampaikan taklimat kepada perwakilan asing mengenai pilihan
raya umum akan datang.
Jarumemas: Apa pun Jarumemas akan tetap balik mengundi, In Shaa Allah.
No comments:
Post a Comment