Friday, 29 March 2013

SPR kesal tawaran 10 minit RTM untuk bentang manifesto ditolak Pakatan

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal tawaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk menyiarkan manifesto parti politik selama 10 minit sempena Pilihan Raya 2013 ditolak mentah-mentah pemimpin Pakatan Rakyat (PR), kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. 

Abdul Aziz berkata, tawaran yang diumumkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim itu, yang membenarkan semua parti politik membentangkan manifesto menerusi siaran RTM selama 10 minit, perlu diteliti terlebih dahulu.

"Mereka (Pakatan Rakyat) tuduh kita tak beri ruang, SPR usahakan bersungguh-sungguh kepada semua parti politik supaya dasar politik mereka dapat didengar dan dilihat rakyat.

"Memang betul disebut 10 minit, tapi perincian syarat itu kami belum terima lagi, mungkin 10 minit itu berkali-kali, namun pada dasarnya kita dan dapatkan ruang untuk mereka bercakap," katanya dipetik dari portal berita Sinar Harian Online, hari ini.


Jarumemas: Banyak songeh tak tentu arah pembangkang ni. Dah diberi betis nak paha pulak!!

No comments:

Post a Comment