Friday, 29 March 2013

Pahang tidak akan bubar DUN bersendirian, kata Adnan

BENTONG, 28 Mac — Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang tidak akan dibubarkan bersendirian sebaliknya akan bersama-sama dengan pembubaran Dewan Rakyat jika perkara itu dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum 7 April ini.

Justeru kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, soal sama ada DUN Pahang akan dibubarkan lebih awal tidak timbul sama sekali.

"Dewan Undangan Negeri Pahang akan tamat tempoh pada 7 April ini dan terbubar secara automatik pada 8 April, terserah atas kebijaksanaan dan budi bicara Perdana Menteri (untuk mengumumkan pembubaran Dewan rakyat)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gelombang Biru Parlimen Bentong di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah Bentong, di sini hari ini. 


Jarumemas: Masih menunggu pengumuman PM.

No comments:

Post a Comment