Friday, 29 March 2013

Lebih 4,000 rakyat Filipina tinggalkan Sabah semenjak tindakan terhadap militan Sulu, kata Manila

KUALA LUMPUR, 29 Mac — Sejumlah 4,771 rakyat Filipina telah meninggalkan Sabah semenjak pihak berkuasa Malaysia mula mengambil tindakan tegas terhadap puak militan Sulu dan simpatisan mereka awal bulan ini, kata majlis risiko bencana Filipina hari ini.

Majlis Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan dan Pengurusan Filipina (NDRRMC) dipetik berkata oleh portal berita Filipina InterAksyon hari ini sebagai berkata 944 keluarga meninggalkan Sabah untuk ke wilayah Basulta (Basilan, Sulu dan Tawi-Tawi) di selatan Filipina sehingga semalam termasuk 2,861 orang dewasa dan 1,860 kanak-kanak.

“Angka rakyat Filipina meninggalkan Sabah dijangka akan terus bertambah kerana krisis kekal belum selesai dan di tengah-tengah tindakan keras oleh pihak berkuasa Malaysia terhadap kedua-dua pendatang asing tanpa izin dan mereka yang disyaki menyokong kesultanan,” lapor InterAksyon hari ini.


Jarumemas: Secara tak langsung masalah pendatang tanpa izin dari negara itu dapat  diatasi buat sementara waktu. Dan ramainya jumlah mereka yang pulang menunjukkan betapa ramainya mereka duduk berumah tangga di Sabah.

No comments:

Post a Comment