KUALA LUMPUR, 31 Mac — Parlimen akan dibubar sebelum 30 April apabila
mandat kerajaan Barisan Nasional (BN) tamat bagi memberi lalulan kepada
Pilihan Raya 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Timbalan perdana menteri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak tidak mungkin akan membenarkan Parlimen terbubar secara
sendirinya.
"Saya tidak fikir perdana menteri akan tunggu habis tamat tempoh parlimen lima tahun, baru beliau akan bubar.
"Saya rasa tak fikir begitu, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh beberapa minggu bulan April ini," kata Muhyiddin semasa berucap dalam satu majlis Himpunan Barisan 1Malaysia di Titiwangsa petang ini.
Jarumemas: Tak kira bila, teman akan tetap pergi mengundi di kampung halaman teman di Seremban.
No comments:
Post a Comment