Monday, 21 January 2013

Mat Sabu akan ketuai demonstrasi jika PRU 13 dicemari penipuan

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Pakatan pembangkang menegaskan akan turun ke jalanan sekali lagi sekiranya pilihan raya umum (PRU) ke-13 dicemari dengan penipuan, tegas Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat Mohamad Sabu.

Timbalan Presiden PAS yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu menegaskan Pakatan Rakyat (PR) tidak teragak-agak untuk menghimpunkan lebih ramai rakyat ke jalanan seperti beberapa siri perhimpunan sebelum ini yang menuntut pilihan raya bersih dan adil, anjuran NGO yang dikenali sebagai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

“Kita janji, jika kerajaan tak turun, kita tidak akan pulang,” katanya  ketika ceramah di Bandar Tasik Puteri malam tadi dipetik portal Harakahdaily.

Beberapa siri perhimpunan telah dianjurkan, seperti Bersih, Bersih 2.0, dan terbaru Bersih 3.0 bagi menuntut pembaharuan sistem daftar pemilih di negara ini yang dakwa PR dipenuhi dengan unsur penipuan.


Jarumemas: Beri peluang SPR menjalankan amanah mereka dengan penuh tanggung jawab.

No comments:

Post a Comment