Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta
semua pihak memberi ruang kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
menjalankan tugas menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah
sebelum membuat penilaian.
Ini katanya bagi memastikan prosiding berjalan lancar mengikut terma yang ditetapkan kerajaan.
"Menurut
amalan biasa, maklumat data haruslah dari saksi-saksi, selepas itu baru
kita lihat apakah yang semua telah dikeluarkan, baru kita akan buat
penilaian yang lebih bijak daripada sekarang," katanya kepada pemberita
di Kota Kinabalu hari ini.
Pairin yang juga Presiden Parti
Bersatu Sabah, mengulas mengenai RCI yang mengakhiri pendengaran awam
pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah pada Jumaat lepas.
Lanjut....
Jarumemas: Tanganilah masalah pendatang asing tanpa izin ini secara tuntas kerana masalah ini sudah menjadi duri dalam daging pada rakyat tempatan.
No comments:
Post a Comment