SUBANG JAYA, Jan 10 — Satu delegasi pemerhati pilihan raya
antarabangsa hari ini berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak
tawaran mereka untuk memantau perjalanan pilihan raya umum (PRU) ke-13
dan diberitahu mereka sebaliknya boleh datang “sebagai pelancong”.
Jawatankuasa Pemerhati Pilihan Raya Muslim Amerika Syarikat yang
sedang dalam rangka lawatan tiga hari di sini, juga berkata SPR tidak
begitu menerima saranan mereka untuk memperbaiki proses pilihan raya
termasuk tuntutan kepada suruhanjaya itu untuk menyelesaikan dakwaan
menyelubungi daftar pemilih.
Pendedahan berlaku beberapa hari selepas Transparency International
bahagian Malaysia menolak tawaran SPR untuk menjadi pemerhati pilihan
raya tempatan pada PRU akan datang sebagai protes kepada beberapa terma
rujukan yang ditetapkan.
Kedua-dua pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia mengatakan prasyarat dikenakan SPR sebagai “ketat”.
Lagi....
Jarumemas: Siapa dia delegasi pemerhati ini? Siapa nak tolong jawab??
No comments:
Post a Comment