GUA MUSANG, 13 Dis — Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh
Hamzah mengambil pendirian menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti bagi
menentukan sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya sebagai
calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau berkata pucuk pimpinan di Kuala Lumpur sahaja yang boleh
membuat sebarang keputusan tetapi walau apapun keputusan, beliau tetap
akan bekerja kuat sepanjang masa untuk menentukan kemenangan BN.
“Saya
tidak mempunyai kuasa bagi menentukan soal calon termasuk diri saya dan
terserahlah kepada pucuk pimpinan atasan yang membuat keputusannya bagi
menghadapi PRU-13 nanti,” kata Tengku Razaleigh ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Pengundi Wanita di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini, hari ini.
Berita lanjut....
Jarumemas...yang tua dihormati, yang muda disayangi.
No comments:
Post a Comment