KUALA LUMPUR, 13 Dis — Hasil kaji selidik oleh badan bukan kerajaan The
Asia Foundation (TAF) mendapati majoriti belia di Malaysia lebih
cenderung memilih parti berbilang kaum berbanding parti berteraskan kaum
ataupun agama.
Dalam pembentangan laporan "The Youth Factor 2012" hari ini, panel
penyelidik membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan dari 13
April hingga 9 Jun 2012 tersebut dan melibatkan seramai 2,105 belia di
seluruh negara secara bersemuka.
Kajian bersama Taylor Nelson Sofres Malaysia (TNS) itu dijalankan ke
atas rakyat Malaysia berumur lingkungan 17 tahun hingga 35 tahun.
Dalam laporan tersebut, sebanyak 71 peratus belia di Malaysia memilih
parti politik yang mewakil kepentingan semua kaum tanpa memilih agama,
manakala 11 peratus belia memilih parti berasaskan kaum dan 14 peratus
lagi memilih parti agama yang mereka anuti.
"Perkara ini sesuatu yang positif, ia memperlihatkan rakyat Malaysia
khususnya belia telah bergerak ke arah perpaduan negara," kata Nur
Azrina Azhar,35, salah seorang penyelidik apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.
Berita lanjut...
Jarumemas: Pandangan orang muda zaman sekarang memang berbeza. Kita terpaksa menari mengikut rentak tarian mereka jika mahukan sokongan mereka.
No comments:
Post a Comment