KUALA LUMPUR, 13 Dis — Pelombong Australia Lynas mungkin hilang Lesen
Operasi Sementara (TOL) jika gagal memindahkan semua sisa dan bahan
sampingan produk daripada penapisan nadir bumi kontroversi di Kuantan,
menurut Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB).
Jurucakap daripada perundangan memberitahu The Malaysian Insider minggu ini bahawa kegagalan mematuhi syarat tersebut yang diikat secara sah mungkin memaksa AELB menggantung lesen mereka.
Semalam, Kabinet menyokong kenyataan kementerian yang dikeluarkan
awal minggu ini yang menyuruh Lynas untuk memastikan semua sisa dan bahan
sampingan produk dipindahkan keluar daripada negara ini.
Kenyataan dari Putrajaya itu dikeluarkan selepas pengerus eksekutif
Lynas Nicholas Curtis berkata lesen operasi syarikat tersebut tidak
memerlukan mereka menghantar keluar sebarang sisa di Malaysia daripada
kilang di Kuantan, Pahang.
Curtis juga berkata Lynas akan meneruskan pelannya untuk membangunkan
kemudahan pelupusan kekal (PDF) walaupun bahan merbahaya tersebut
mendapat tentangan kuat.
Lynas kini dalam kedudukan sukar malahan Curtis juga berkata Malaysia
melayan pelombong sebagai "bola sepak politik" memandangkan pilihan
raya bakal diadakan tidak lama lagi.
Jurucakap tersebut juga memberitahu The Malaysian Insider
bahawa mereka hanya berminat untuk mengetahui sisa tersebut dikeluarkan
daripada loji di Kuantan dan tidak kisah tentang ke negara mana ia akan
dieksport.
Berita lanjut....
Jarumemas: Teringat peristiwa Chernobyll...
No comments:
Post a Comment