KUALA LUMPUR, 14 Dis — Isu saman “kelakuan kurang sopan” ke atas
pasangan bukan Islam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan
berkemungkinan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan
raya umum (PRU) akan datang, kata Datuk Mustafa Ali.
Setiausaha agung PAS itu mengakui tempias akan dirasai oleh PR
menjelang pilihan raya umum ke (PRU) 13 yang akan berlangsung tidak lama
lagi.
“Saya tidak boleh kata langsung tidak memberikan kesan kepada pengundi bukan Islam,” kata Mustafa kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah. “Ia mungkin ada beri kesan.”
Jarumemas: Orang-orang tua dulu berpesan, jika hendak membuat sesuatu perkara, perlulah difikirkan semasak-masaknya sebelum bertindak kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah jadinya.
No comments:
Post a Comment