Tuesday, 11 December 2012

'Tak sepatutnya merajuk kalau tak jadi calon'

Pemimpin dan anggota Umno perlu menghentikan sikap suka merajuk apabila tidak terpilih sebagai calon pada pilihan raya kerana ia hanya akan merugikan parti dan diri sendiri jika Umno dan BN kalah, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata pengalaman Umno dan BN Kedah pada 2008 perlu dijadikan pengajaran apabila kalah pilihan raya umum ke-12 (PRU-12) akibat ada pemimpin dan anggota Umno yang tidak terpilih, tidak membantu calon pucuk pimpinan.

Katanya semua orang akan cuba menonjolkan diri untuk menjadi 'calon boleh menang' tetapi apabila keputusan mengenai calon dibuat, mereka perlu akur.

"Ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk diri saya sendiri. Mana tahu, itu hak perdana menteri. Kadang-kadang kita rasa kita terbaik. Kadang-kadang kita rasa diketepikan, seolah-olah jasa kita tak dikenang. Ini (menjadi calon) adalah soal giliran. Jadi orang parti, jadi pemimpin tak boleh merajuk.

"Kita cakap kita calon boleh menang, tapi kalau orang ramai, pengundi tak cakap, tak juga. Kalau kita tak cakap kita calon boleh menang, tapi orang yang cakap, itu lebih baik. Biar pengundi cakap, bukan kita," katanya kepada Bernama di Alor Setar.

Berita lanjut...

Jarumemas: Ikut contoh Cikgu Seman.

No comments:

Post a Comment