Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota
panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert
Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan
pegawai berkenaan dilucutkan jawatan.
Musa berkata, pegawai polis
berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan
untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat
melibatkan Phang pada 2009.
Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.
Musa
berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu
sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak
Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya.
Beliau
mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn
Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf
sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital pada 2009.
Berita lanjut...
Jarumemas: Kesal dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang melibatkan PDRM. Persoalannya mengapa baru sekarang nak dilondehkan semuanya? Ingat pesan datuk nenek kita, tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri...nanti diri sendiri yang mendapat malu.....
No comments:
Post a Comment