KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso) hari ini mengumumkan bahawa penerima Pencen Ilat dan Faedah
Hilang Upaya Kekal (BERKALA) tidak lagi perlu mengemukakan perakuan
tahunan melalui Borang 117 bermula Januari depan.
Ketua Eksekutif
Perkeso Datuk K. Selvarajah berkata peraturan baharu itu akan
memudahkan 41,384 penerima Pencen Ilat dan 18,167 penerima Faedah Hilang
Upaya Kekal yang sebelum ini perlu membuat pengisytiharan setiap tahun
bagi membolehkan mereka terus menerima pencen dan faedah.
"Bagaimanapun
peraturan itu tidak terpakai bagi penerima Pencen Penakat dan Faedah
Orang Tanggungan yang perlu terus mengumumkan pengisytiharan kelayakan
sebelum akhir tahun melalui Borang 117," katanya dalam kenyataan di
sini.
Selvarajah berkata Borang 117 telah dihantar kepada semua penerima pada
Oktober lalu selain boleh diperoleh di pejabat Perkeso berhampiran atau
dimuat turun di laman web www.perkeso.gov.my atau menghubungi talian
03-42575755 untuk pertanyaan.
Sumber: Bernama
Jarumemas: Tindakan yang bagus dan terbaik.
No comments:
Post a Comment