Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk
Seri Abu Kassim Mohamed merayu kepada ahli politik semua parti, agar
tidak 'menembak SPRM dari belakang', suatu kecenderungan yang beliau
katakan akan hanya menyulitkan lagi usaha memerangi rasuah.
"Saya
ingin katakan kepada ahli politik daripada semua parti... janganlah
tembak dari belakang. SPRM adalah tentera untuk memerangi rasuah. Jika
anda menembak kami dari belakang, kepada siapa lagi masyarakat boleh
meminta pertolongan untuk menentang rasuah?" katanya pada majlis jamuan
malam sempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Sedunia di Pusat
Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya di Putrajaya malam tadi.
Abu
Kassim berkata SPRM, yang dulunya dikenali sebagai Badan Pencegah
Rasuah, bersama rakannya dari Hong Kong dan Singapura adalah antara
badan pencegahan rasuah tertua di dunia, yang tugas mereka mendapat
pengiktirafan antarabangsa, terutama oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Katanya
sebelum 1990, hanya terdapat 20 badan pencegah rasuah di seluruh dunia,
tetapi sekarang, jumlahnya bertambah kepada 150 dan ini mencerminkan
wujudnya kesedaran yang semakin meningkat tentang pentingnya memerangi
penyakit itu.
Abu Kassim berkata penambahan lima panel yang
dianggotai 42 personaliti daripada pelbagai profesion dalam SPRM sejak
2009, memastikan siasatan terhadap kes rasuah dilaksanakan secara bebas,
tanpa unsur takut dan pilih kasih.
Berita lanjut....
Jarumemas: Tugas SPRM adalah untuk membanteras rasuah. Tapi kalau ada ahli politik yang cuba menggagalkan tugasa badan ini, sewajarnya ahli politik berkenaan disiasat hingga ke akar umbi akan setiap kekayaannya dan harta yang didapatinya semasa menjadi ahli politik. Baru mereka tahu dunia ini bulat!!!
No comments:
Post a Comment