(Bernama) - Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Abdullah Md Zin berkata pemimpin Islam di negara ini perlu sepakat
dalam menjaga kepentingan agama Islam tanpa mengira perbezaan fahaman
politik.
Katanya tindakan sesetengah pemimpin politik yang mengetepikan
kepentingan agama demi kedudukan politik dan menyebabkan kecelaruan
berpanjangan dalam masyarakat amat dikesalkan.
“Amat dikesalkan
kerana pemimpin PAS seperti Nik Aziz dan Haji Hadi tidak mahu
memperbetulkan kenyataan yang dibuat Nurul Izzah dalam soalan
kebebasan beragama selain turut menyokong dan mengatakan perkara
tersebut tidak penting,” katanya pada satu perjumpaan dengan media, di
sini hari ini.
Katanya sebagai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat jelas mengetepikan kepentingan Islam apabila menyokong
Nurul Izzah sekalipun menyedari Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu
melakukan kesalahan besar.
“Nik Aziz jika tahu perkara itu
salah sepatutnya jangan keluar apa-apa pandangan dan lebih baik
menjadi syaitan yang bisu daripada syaitan yang berkata-kata,”
katanya.
Beliau turut meminta Nurul Izzah memperbetulkan kenyataannya dan meminta maaf dengan mengakui tidak arif tentang bidang agama.
Pada
3 Nov lepas, portal berita Malaysiakini melaporkan Nurul Izzah yang
juga Anggota Parlimen Lembah Pantai berkata rakyat tidak seharusnya
dipaksa menganut agama tertentu dan perkara itu juga patut terpakai
kepada orang Melayu.
“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan
dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini
(kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia
sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk “Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?” di Subang Jaya pada 3 Nov.
Sumber: Malaysia Today
Jarumemas: Sewajarnya...
No comments:
Post a Comment