Sebanyak 70 peratus rakyat Selangor bersetuju supaya Umno dan PAS
bergabung bagi tujuan mempertahankan agama Islam dan kepentingan
Melayu.
Bekas Setiausaha PAS Selangor Norman Toha, kajian yang dijalankan
sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang
berbilang kaum mahu dua parti itu mengenepikan perbezaan politik dan
bergabung tenaga.
“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat
sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang
baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya
dalam sidang media selepas mengadakan wacana ‘Mengembalikan PAS ke
Landasan Asal’ pagi tadi di Hotel Vistana di sini hari ini.
Wacana tersebut menurut Norman dianjurkan atas inisiatif individu ahli PAS yang mahu suara rungutan mereka diberikan perhatian.
Katanya,
peserta wacana itu terdiri daripada pemimpin dan penyokong akar umbi
yang mahu memberikan pandangan serta luahan tentang kecelaruan hala
tuju parti yang semakin tersasar daripada perjuangan asal.
Resolusi wacana
Wacana
tersebut juga berjaya mencapai 11 resolusi yang mengandungi desakan
supaya parti dan pemimpin PAS kembali kepada landasan Islam yang
sebenar.
“Mungkin kita akan ajukan resolusi ini kepada pemimpin tertinggi dalam masa tersekat.
“Harapan
kami supaya mereka (pemimpin PAS) agak terbuka menerima pandangan
peringkat akar umbi yang sebenarnya sudah lama disuarakan,” katanya.
Berita lanjut....
Jarumemas: Demi kepentinagn agama Islam apalah salahnya UMNO dan PAS bergabung.
No comments:
Post a Comment