Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara perlu
mematuhi syarat yang akan ditetapkan apabila mereka dibenar aktif
berpolitik dalam kem, mulai tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan
Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata
kepatuhan syarat itu penting bagi menjaga keharmonian mereka dan
menjunjung kedaulatan negara.
"Kebenaran pelatih aktif berpolitik
itu menunjukkan perkembangan terbaharu dan terbaik dalam mengembangkan
ilmu kepolitikan dalam kem PLKN, tetapi ia perlu akur kepada peraturan
ditetapkan.
"Kita mahu setiap pelatih ada kehormatan di samping
memilih pemimpin di kalangan mereka yang ada kebijaksanaannya," katanya
kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra dengan pelatih PLKN di Kem
Etnobotani di Gua Musang, hari ini.
Beliau berkata demikian
ketika mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Datuk
Dr Tiki Lafe semalam yang mengumumkan pelatih di semua kem PLKN akan
dibenar aktif berpolitik sepanjang menjalani latihan tiga bulan itu,
mulai 2013.
Abdul Hadi berkata kempen politik itu hanya
membabitkan kawasan dalam kem bagi mereka memilih pemimpin, sebagaimana
yang dilakukan penuntut universiti.
- Bernama
Jarumemas: Kurang setuju tanamkan imej politik ini dalam PLKN.
No comments:
Post a Comment