Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berminat untuk
bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang mengatakan beliau
mahu menghabiskan masa berkempen untuk Pakatan Rakyat (PR) daripada
untuk dirinya sendiri.
Bekas ahli parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu
tidak boleh bertanding di kerusi parlimen selama lima tahun di bawah
undang-undang selepas meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada
suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen.
Akan
tetapi beliau masih lagi layak untuk bertanding di kerusi dewan
undangan negeri (Dun) sama ada di Pulau Pinang, tempat beliau mendaftar
sebagai pengundi atau Selangor dimana beliau menetap sekarang.
“Saya mahu bebas berkempen di semua tempat,” Dr Wan Azizah memberitahu The Malaysian Insider dalam sebuah temubual eksklusif baru-baru ini.
Berita lanjut...
Jarumemas: Apa kata pengundi?
No comments:
Post a Comment