Wednesday, 26 September 2012
‘Pupuk perpaduan dari peringkat prasekolah’
KANGAR, 26 Sept — Aspek perpaduan perlu dipupuk dari peringkat prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak membesar dengan nilai-nilai murni dan jati diri yang kukuh, kata pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Negeri Perlis Abdul Jamil Saad.
Katanya menerusi cara itu juga diharapkan kanak-kanak terbabit dapat menjadi membesar menjadi rakyat yang cintakan negara dan terhindar daripada gejala negatif.
Perbuatan memijak gambar pemimpin dan Jalur Gemilang seperti yang dilakukan segelintir anak muda bulan lepas berpunca daripada kegagalan mereka menghayati susila kehidupan dan lunturnya jati diri, katanya berucap merasmikan program “Sayangi Komuniti Rukun Tetangga” peringkat negeri, di sini malam tadi.
Majlis anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPIN) itu juga turut menjadi majlis perpisahan untuk Pengarah JPNIN Perlis Hashim Yob yang berpindah ke Kedah mulai 1 Okt ini. — Bernama
Jarumemas: Sewajarnya anak-anak kita dididik menghormati satu sama lain, walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment