Wednesday, 26 September 2012
Kajian UM ramal BN menang, tetapi sokongan kepada PR meningkat
KUALA LUMPUR, 25 Sept — Hasil kajian yang didedahkan oleh Universiti Malaya pada hari ini menunjukkan Barisan Nasional (BN) mungkin memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tetapi kajian itu juga menunjukkan semakin ramai orang yakin Pakatan Rakyat (PR) mampu menawan Putrajaya.
Kajian bertajuk “Pola pengundian menjelang PRU Ke-13” itu telah dijalankan antara 1 hingga 16 September, manakala kajian sebelum ini ialah pada Mac lalu.
Kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya UM (UMCEDEL) itu menunjukkan BN akan menang dengan 44 peratus sokongan tetapi angka tersebut dianggap menyusut kerana pada Mac lalu BN memperoleh 49 peratus.
Bagi PR pula, kajian menunjukkan peningkatan daripada hanya 21 peratus pada Mac kepada 30 peratus.
Hasil kajian itu juga memberi petunjuk Selangor dan Kedah mungkin kekal menjadi milik PR, namun sedikit kebimbangan di Kelantan ekoran sedikit kemerosotan sokongan terhadap kerajaan PAS.
Keyakinan kepada kerajaan Pakatan di Selangor juga meningkat dengan ketara daripada 38 peratus kepada 50 peratus manakala untuk BN daripada 28 peratus jatuh kepada 16 peratus.
Berita lanjut....
Jarumemas: Percaya pada Allah yang mengetahui segala-galanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment