Wednesday, 26 September 2012

Zaid: PRU 13 akan tunjukkan sama ada Melayu akan tolak Umno

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Pilihan raya umum akan datang bakal mendedahkan sama ada majoriti orang-orang Melayu sudah bersedia untuk meninggalkan “jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno selama 55 tahun yang lalu” dan mencari jawapan lain kepada masalah-masalah yang mereka hadapi, kata Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri Umno itu berkata beliau merasakan parti nasionalis Melayu itu takut minda masyarakat berubah sehingga mendorong Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghukum “Melayu tak bersyukur “ baru-baru ini. Beliau memberikan pandangan selepas kajian Universiti Malaya yang menunjukkan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negara walaupun sokongan semakin meningkat untuk Pakatan Rakyat (PR). “Pilihan raya ini, lebih daripada sebelumnya, akan menunjukkan jika Melayu dan kaum Bumiputra sudah bersedia untuk meninggalkan jalan yang dipilih untuk mereka oleh Umno 55 tahun lalu,” kata Zaid melalui e-mel kepada The Malaysian Insider. “Pilihan raya ini akan menunjukkan jika mereka sudah bersedia untuk mempercayai diri. “Untuk sekian lama, mereka memegang amanah tersirat dan memberikan sokongan mutlak terhadap pemimpin-pemimpin mereka. “Persoalannya adalah, apakah mereka akan terus berbuat demikian atau mereka akan berusaha jawapan alternatif kepada banyak masalah yang dihadapi kehidupan harian mereka,” katanya. Berita lanjut... Jarumemas: Bukan tolak Zaid Ibrahim ke?

No comments:

Post a Comment