Tuesday, 25 September 2012

Budaya politik ganas Umno mula jadi ikutan mahasiswa, kata CheguBard

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Budaya politik ganas yang dibawa oleh Umno kini sudah menjadi ikutan mahasiswa universiti rentetan insiden pengerusi Pro Mahasiswa Nasional Universiti Malaya, Edikoup Lakip Sediyanto dibelasah pagi tadi, kata Badrul Hisham Shaharin, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM). Dalam insiden 4 pagi pagi tadi, Edikoup telah dipukul sekumpulan lima orang samseng ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Seksyen 17, Petaling Jaya. “Saya sangat kesal dengan insiden ini. “Jika kita perhatikan, situasi politik semasa dalam negara akan memberikan refleks kepada mahasiswa umumnya,” kata Badrul yang dikenali sebagai Chegubard. Badrul juga menyelar budaya politik ganas seperti ini yang dianggapnya mempunyai persamaan dengan insiden membaling kasut ke dalam masjid dan cat yang didakwanya didalangi samseng Umno. Berita lanjut... Jarumemas: Bukan pembangkang yang mulakan dulu ke?

No comments:

Post a Comment