Thursday, 12 July 2012

Lelaki dan wanita yang mengamuk di JPM dihantar pasangan masing-masing

KEMASKINI Alamak... ini sudah lain macam, rupa-rupanya kedua-dua individu yang mengamuk di Komplek B JPM Isnin lalu dihantar ke lokasi itu oleh isteri dan suami masing-masing. Identiti mereka yang menghantar dua suspek itu dikenal pasti oleh polis berdasarkan siasatan yang dilakukan susulan kejadian itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut. "Polis mengesahkan kedua-dua mereka dihantar oleh suami dan isteri masing-masing. Siasatan masih berjalan dan polis akan mengambil tindakan lanjut yang sewajarnya selepas ini," katanya dipetik dari Utusan. Dalam kejadian pukul 2.30 petang kelmarin, seorang lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi, Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, bersama seorang wanita, Muhdalina Ahmad, 28, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B JPM menggunakan dua bilah pedang samurai. Khalil Afandi terbunuh manakala Muhdalina cedera selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh polis. Siasatan awal polis percaya kedua-dua suspek itu mengalami masalah mental setelah mengikuti satu kumpulan ajaran sesat. Berita selanjutnya... Jarumemas: Kerana taksub dan fanatik inilah jadinya.

No comments:

Post a Comment