Thursday, 12 July 2012
Akta Keharmonian Nasional Ganti Akta Hasutan 1948 – PM
KUALA LUMPUR, 12 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Rabu mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan digantikan dengan akta baru yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.
“Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Rabu malam.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa dan Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail.
Najib berkata, tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme.
Katanya, keseimbangan itu perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada maklumat yang boleh menyebabkan limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat.
Sumber: Blog UMNO online
Jarumemas: Pada tahun ini kerajaa telah menggubal beberapa akta bagi memenuhi kehendak rakyat. Patuhilah akta-akta yang telah diluluskan dan jangan dipertikai lagi akta yang telah pun diluluskan di Parlimen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment