Thursday, 12 July 2012

Isu "Rompak Emas Kelantan" - Penyakit Tak Tahu Ustaz Azizan Dah Melekat Kat Nik Aziz

Memang senang betul kerja Menteri Besar di negeri-negeri Pakatan Haram. Siang malam keluar ceramah. Kantung tabung derma harus dipenuhkan. Negeri terbiar dan pembangunan terbantut. Masalah Rakyat tidak diperdulikan. Sekiranya ada berlaku penyelewengan dan skandal, Menteri Besar atau Ketua Menteri tiba-tiba mendapat penyakit insomnia atau penyakit pelupa. Begitu juga dengan skandal curi emas di Kelantan yang berlaku berleluasa. Adalah tidak masuk akal seorang Menteri Besar tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di bawah kawalannya, sedangkan berpuluh-puluh tapak perlombongan haram telah beroperasi sekian lama di beberapa daerah di negeri itu. Tidak seperti Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri yang diperintah oleh BN, setiap soalan yang ditanya oleh wartawan akan dijawab dengan fakta. Tiada istilah "Saya tak tahu". Nampak gayanya, penyakit "Saya tak tau" yang dialami oleh Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan sudah berjangkit dengan Menteri Besar Kelantan ini. Ustaz Azizan ketika ditanya kenapakah Kelab-Kelab Bogel dengan penari tiang berleluasa di Kedah mengalahkan Danok, beliau hanya menjawab, "Saya tak tau". Nik Aziz ketika ditanya tentang kecurian emas di Kelantan, beliau menjawab, "Ambo tak tahu. No komen. Tanya Husam". Lim Guan Eng kita tak payahlah tanya pasal skandal Rainbow, pasti dipusingnya 180 darjah. Cuma CTS puji dengan Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim. Beliau tidak akan menjawab tak tahu, sebaliknya "ki kita aaakan siasat", kiii kita aa aakan kaji" dan sebagainya. Sumber: Blog Cucu Tok Selampit Jarumemas: Makin ramai yang jadi Si Luncai

No comments:

Post a Comment