PUTRAJAYA, 24 April — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mencetak 5,000 naskah buku yang menjawab segala dakwaan pembangkang ekoran mereka kerap mempertikaikan kredibiliti sistem daftar pemilih.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, ketika sidang media pelancaran buku tersebut berkata, pihaknya berharap segala dakwaan pembangkang itu dapat dijawab dengan penghasilan buku berkenaan.
Buku yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya ini sudah dicetak sekitar 5,000 naskah, dengan versi berbahasa Inggeris masih lagi berada di dalam proses percetakan.
“SPR telah mencetak 5,000 naskah versi bahasa Melayu. Untuk versi berbahasa Inggeris masih lagi dalam proses,” katanya dan menambah, kos setiap naskah berkenaan dianggarkan berharga RM4.
Tambah Abdul Aziz, sejak laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan pilihan raya membentangkan laporan mereka, pihaknya menerima pelbagai reaksi berkenaan daftar pemilih yang menurutnya, kebanyakan daripada reaksi dan dakwaan itu adalah tidak tepat.
Jarumemas: Masih skeptikal dengan sikap pembangkang. Rasanya mereka tetap menolak apa sahaja yang SPR lakukan selagi mereka tidak berjaya memerintah negara ini.
No comments:
Post a Comment