Wednesday, 25 April 2012

Bila lagi hendak tunai janji manifesto PR Selangor 2008?


Pemimpin Pakatan Rakyat memang terkenal dengan janji-janji manis sehingga sanggup menjanjikan apa sahaja asalkan mendapat undi daripada Rakyat. Perkara ini terbukti bukan sahaja sekarang ini malah sejak dahulu lagi.
Bukti paling nyata adalah manifesto Pakatan Rakyat Negeri Selangor pada PRU 2008 sebelum ini. Jika janji yang termaktub dalam manifesto pun boleh dimungkiri, inikan pula janji mulut manis pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak pernah jujur.
Pada Pilihanraya Umum 2008, Pihak PKR dan PAS telah berjanji akan mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10%.
Perkara ini bukan hanya dijaja di ceramah-ceramah mereka malah dicetak sebagai salah satu manifesto janji mereka jika berjaya mentadbir Negeri Selangor. Hasil dari penipuan dan janji palsu ini, mereka berjaya memerintah negeri Selangor.
Alhamdulillah, rakyat Selangor tidak perlukan masa yang lama untuk melihat penipuan pemimpin Pakatan Rakyat satu demi satu. Pelbagai kepincangan berlaku dan pemimpin ketiga-tiga parti ini mengaku bersama dalam semua hal, hakikatnya, mereka ini seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.
Seawal sebulan selepas Pakatan Rakyat memerintah Selangor, MB Kahlid Ibrahim membuat pengumuman bahawa janji untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan cukai premis komersial tidak dapat dilaksanakan.
Belum pun sampai sebulan memerintah, janji manifesto terpaksa ditarik balik. Inilah namanya pemimpin yang hanya berjanji untuk meraih undi tanpa mengira hakikat sebenar ekonomi.
Sehingga sekarang, janji pakatan untuk menurunkan cukai pintu kediaman dan premis komersial masih belum terlaksana. Jikapun ada nada pengumuman yang dibuat menjelang Pilihanraya nanti, sedarlah rakyat Selangor, ini hanyalah janji-janji palsu untuk meraih undi rakyat Selangor semata-mata.
Jarumemas: Janji kepada rakyat perlu ditunaikan kalau pembangkang mahu terus beraja di mata bersultan di hati. Kalau dah tak mampu nak memenuhi janji yang dibuat, rakyat perlu buka mata besar-besar, jangan lagi pangkah pembangkang yang gagal membela nasib rakyat. Biarkan para penyokong pembangkang jadi Si Luncai yang terjun dengan labu-labunya....

No comments:

Post a Comment