Wednesday, 25 April 2012

Pembangkang ibarat manusia kelemasan


JIKA seorang peguam bela tiada lagi hujah bernas bagi menyelamatkan anak guamnya, maka dia akan mula mencari pelbagai alasan dan pembelaan yang direka-reka asalkan logik diterima akal. Begitulah situasi yang menimpa pihak parti pembangkang di negara ini.

Selepas berjaya membuatkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak menyambung menjadi senator seterusnya tidak lagi menjadi menteri, kini mereka bergelut dengan idea untuk menjahanamkan ekonomi negara dengan idea menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Semuanya kerana idea hendak memerintah negara bak kata orang Perak, biar papa asal bergaya.

Sikap bercakap ikut sedap mulut ini dalam kalangan pembangkang langsung tidak boleh diterima akal. Idea untuk menghapuskan PTPTN adalah idea manusia berpenyakit kronik yang perlu diubati dengan menolak mereka di Pilihan Raya Umum Ke-13 selama-lamanya dari arena politik negara.

Sumber: Utusan Malaysia

Jarumemas:  Pembangkang tak ubah macam orang tua nyanyuk. Melalut dan melatah bila digeletek oleh mereka yang ada niat tersirat. Pembangkang terutamanya pemimpin Melayu dalam PKR dan Pas lupa bahawa ada dalam kalangan mereka yang sedang menepuk tangan mengiringi tarian pemimpin  PKR dan Pas yang masih melalut tak tentu hala tuju. Bila tersungkur jangan harap kawan seperjuangan nak tolong angkat. Kalau boleh bangkit sendiri tak apa lagi, tapi kalau terus rebah? Matilah di situ. Renung-renungkanlah....

No comments:

Post a Comment