Senang cakap bos Bersih Datuk Ambiga tak payah nak bullshit panjang-panjang.Berterus terang cakap mereka sengaja nak cari sebab untuk berkonfrantasi dengan kerajaan pada Sabtu ini menerusi Bersih 3.0.
Bodoh dan bahlul sangat bagi siapa saja yang tidak dapat meneka nawaitu tersirat mereka bila melihat segala rentetan kepada rancangan mengadakan himpunan yang kononnya untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Ini jelas terpancar bila puak ini berdegil nak 'langgar' juga Dataran Merdeka sekalipun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertegas tidak izin tempat bersejarah itu digunakan untuk tujuan berkenaan.
Sebelum ini semua orang lihat bagaimana mereka ketepikan begitu sahaja segala rumusan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) Menambahbaik Proses Pilihanraya yang mereka sendiri ada wakil.
Banyak masa dan wang ringgit terbuang begitu sahaja untuknya.
Suasananya dijadikan seolah tidak ada satu pun yang kena di kaca mata mereka selagi mereka tidak dapat bertenggek di Putrajaya.
Mereka sekarang merasa seolah boleh berbuat apa saja di negara ini - tak peduli samaada langgar undang-undang atau tidak.
Tambah terserlah lagi Sabtu bila Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia,Datuk Jamil Salleh membuat kenyataan rasmi menawarkan Stadium Bukit Jalil sebagai lokasi himpunan itu.
Stadium itu di dalam dan kawasan sekitarnya senang-senang boleh menampung lebih 150,000 orang tanpa mencetuskan kesesakan lalulintas dan suasana kecoh di tengah pusat bandar.
Sumber: Agendadaily
Jarumemas: Memang itulah niat mereka sebenarnya. Tindakan mereka itu bukan sahaja akan menusahkan orang ramai yang mahu berurusan di ibu kota, malah para peniaga juga akan turut mengalami kerugian. Semasa perhimpunan Bersih 2 dulu, ramai peniaga yang merungut kerana perniagaan harian mereka terjejas. Ada ke mereka bayar ganti rugi kepada para peniaga?
No comments:
Post a Comment