Tuesday, 5 March 2013

Mindef: ATM sedia ambil alih kawal pantai timur Sabah

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bertindak sebagai barisan kedua dalam membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata yang setakat ini mengorbankan lapan anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad berkata pada ketika ini ATM bertindak sebagai barisan kedua bagi meyakinkan tahap keselamatan rakyat negeri itu.

"Sekarang ini ia (insiden) di bawah Kementerian Dalam Negeri...PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diberi kuasa untuk menangani atau ketuai situasi itu.

"Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Bila suruh ambil alih, kami ambil alih," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ATM dalam menangani insiden di Lahad Datu.

Abdul Latif berkata rakyat berhak mengetahui perkembangan dan maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku di Sabah, namun berharap mereka tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung insiden itu.


Jarumemas: Buat apa saja asalkan rakyat Sabah hidup aman tanpa diganggu gugat oleh penceroboh tersebut yang cemburukan kekayaan Sabah dan keamanan di situ.

Penyokong Sulu ubah Wikipedia: Sabah negeri ‘haram’ Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Mac ― Penyokong militan Filipina memanipulasi enjin carian Google untuk mendapatkan sokongan untuk tuntutan Kesultanan Sulu ke atas negeri Sabah, menurut laporan Agence-France Presse (AFP).

Agensi berita Perancis itu melaporkan sesiapa yang mencari perkataan “Sabah” melalui Google akan terlihat keputusan petikan daripada Wikipedia bertulis “Sabah ialah negeri haram yang sebahagian dari 13 negeri di Malaysia, dan dikatakan negeri paling timur tetapi sebenarnya sebahagian dari Kesultanan Sulu. Ia terletak di bahagian utara pulau Borneo.”

Bagaimanapun di dalam laman Wikipedia tertulis: “Sabah ialah salah sebuah dari 13 buah negeri di Malaysia.”

Dalam situasi peperangan siber terbaru sejajar dengan pertempuran antara penyokong “tentera diraja” Kesultanan Sulu dan pasukan keselamatan di Sabah. Dalam beberapa hari ini, penggodam dari Malaysia dan Filipina saling menggodam laman web di kedua buah negara, termasuk dari jabatan kerajaan.


Jarumemas: Sikap begini menunjukkan ketidakmatangan mereka.

Dr M: Kumpulan bersenjata Sultan Sulu tidak ikut ajaran Islam

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  menyifatkan perbuatan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau berkata kumpulan itu bertindak ganas sehingga menyebabkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa lapan anggota pasukan keselamatan negara dalam dua kejadian berasingan di kedua-dua lokasi serangan itu.

“Kita cuba nak selesaikan perkara ini tanpa pertumpahan darah, tetapi kita dapati orang Sulu ini ganas, mereka bukan sahaja membunuh askar kita tetapi cederakan orang yang sudah mati.

“Kononnya mereka orang Islam tetapi perbuatan mereka tidak mengikut kehendak agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Global Muslim Conference on Unity and Economy’ anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (MCCM) di sini hari ini.


Jarumemas: Kerajaan perlu mengambil tindakan segera supaya dapat mengalahkan kumpulan penceroboh itu dan menghadapkan mereka ke mahkamah kerana membunuh.

Terpulang kepada Malaysia untuk uruskan militan Sulu, kata Filipina

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Kerajaann Filipina hari ini menyerahkan nasib militan Filipina yang mendakwa sebagai Tentera Kesultanan Sulu di Sabah kepada kerajaan Malaysia, berikutan usaha untuk menamatkan keganasan secara rundingan aman telah menemui jalan buntu.

Dalam temuramah bersama ABS-CBN News Channel pagi tadi, jurucakap presiden  Edwin Lacierda berkata lebih 200 pengikut kesultanan Sulu masih lagi berada di Sabah, menolak untuk berundur walaupun pertempuran telah berlaku sejak Jumaat lalu telah meragut 28 nyawa setakat ini.

Bagaimanapun, laman web berkenaan melaporkan di;www.abs-cbnnews.com, Lacierda bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya bersetuju bahawa “peluang” telah tertutup untuk rundingan kerana mereka telah membunuh anggota keselamatan.


Jarumemas: Semoga Sabah akan selamat dari segala musibah. Lindungilah rakyat Sabah dan bersihkan nama Malaysia, Ya Allah!!Tunjukkanlah kebenaran Ya Allah!!

Monday, 4 March 2013

Masa untuk bersatu melawan musuh, bukan berbalah

KOMEN, 4 Mac – Akan tiba masanya apabila rakyat Malaysia perlu bersatu untuk melawan musuh bersama, bukan berbalah dan saling menyalahkan sesama sendiri tentang apa yang berlaku. Masa telah tiba untuk Sabah.

Kita harus menyokong polis dan tentera dalam berhadapan dengan militan Filipina yang meletakkan tuntutan ke atas tanah dimana penduduknya memutuskan untuk membentuk Malaysia 50 tahun lalu bersama Malaya dan Sarawak.

Kita harus pastikan pengorbanan lapan polis yang gugur dalam pertempuran tidak sia-sia, supaya balu dan anak - mereka tinggalkan tahu suami atau ayah mereka mati kerana mahu memastikan Malaysia tetap utuh dan bebas.

Kita harus melihat apakah paling penting sekarang, untuk menamatkan pertumpahan darah dan pertempuran di Sabah dengan militan Filipina yang telah mencabar kedaulatan wilayah dan undang-undang kita.

Kita perlu untuk mendapatkan kembali keamanan dan keselamatan. Kita teguh bersatu atau kita jatuh kerana berpecah. Semudah itu.


Jarumemas: Sepatutnya begitulah. Bersatulah demi Malaysia bukan yang lainnya.

Saya adalah penasihat Sultan Sulu ‘sebenar’, kata exco Pemuda Umno

KUALA LUMPUR, 4 Mac — Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam mengakui menjadi penasihat Sultan Sulu yang “sebenar”, dan menafikan menafikan dengan “Sultan Sulu” palsu yang mana pengikutnya sedang mengganas di Lahad Datu, Sabah.

Lokman berkata, Sultan Sulu yang sebenar ialah Sultan Roodinood Julaspi Kiram yang kini menetap di Manila, dan bukan Sultan Jamalul Kiram III (gambar) yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu yang sebenar.

“Saya akui, saya pernah dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar, iaitu Sultan Roodinood, Anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai Penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan Kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.

“Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau. Sepanjang tempoh saya mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu tempat Sultan Palsu yang menyerang negara kita,” kata Lokman dalam satu kenyataan hari ini.


Jarumemas: Ramai sangat yang mengaku kerabat dan sultannya.

Bekas polis berhimpun bantah Tian Chua

Sekumpulan dari 100 bekas polis di hadapan Tugu Negara 4 Mac, 2013. – Gambar oleh Choo Choy May 
KUALA LUMPUR, 4 Mac - Sekumpulan dari 100 bekas polis berhimpun di hadapan Tugu Negara membantah tuduhan Naib Presiden PKR Chua Tian Chang.

Ini kerana Chua, yang dikenali sebagai Tian Chua menafikan beliau mendakwa ketegangan di Lahad Datu adalah “konspirasi terancang dari kerajaan Umno” untuk mengalih pandangan dan mengugut orang ramai.

Bekas polis tersebut membawa sepanduk berkata “Tian Chua pengkhianat negara”, “Tian Chua manusia tak berhati perut”, dan “Tian Chua perlu minta maaf”.


Jarumemas: Inilah manusia yang tidak tahu berterima kasih. Tak sedar diri keamanan yang dikecapi adalah hasil ketenteraman awam yang dijaga oleh pihal polis.