Monday, 4 March 2013

Masa untuk bersatu melawan musuh, bukan berbalah

KOMEN, 4 Mac – Akan tiba masanya apabila rakyat Malaysia perlu bersatu untuk melawan musuh bersama, bukan berbalah dan saling menyalahkan sesama sendiri tentang apa yang berlaku. Masa telah tiba untuk Sabah.

Kita harus menyokong polis dan tentera dalam berhadapan dengan militan Filipina yang meletakkan tuntutan ke atas tanah dimana penduduknya memutuskan untuk membentuk Malaysia 50 tahun lalu bersama Malaya dan Sarawak.

Kita harus pastikan pengorbanan lapan polis yang gugur dalam pertempuran tidak sia-sia, supaya balu dan anak - mereka tinggalkan tahu suami atau ayah mereka mati kerana mahu memastikan Malaysia tetap utuh dan bebas.

Kita harus melihat apakah paling penting sekarang, untuk menamatkan pertumpahan darah dan pertempuran di Sabah dengan militan Filipina yang telah mencabar kedaulatan wilayah dan undang-undang kita.

Kita perlu untuk mendapatkan kembali keamanan dan keselamatan. Kita teguh bersatu atau kita jatuh kerana berpecah. Semudah itu.


Jarumemas: Sepatutnya begitulah. Bersatulah demi Malaysia bukan yang lainnya.

No comments:

Post a Comment