KUALA LUMPUR, 4 Mac — Kerajaann Filipina hari ini
menyerahkan nasib militan Filipina yang mendakwa sebagai Tentera
Kesultanan Sulu di Sabah kepada kerajaan Malaysia, berikutan usaha untuk
menamatkan keganasan secara rundingan aman telah menemui jalan buntu.
Dalam temuramah bersama ABS-CBN News Channel pagi tadi, jurucakap
presiden Edwin Lacierda berkata lebih 200 pengikut kesultanan Sulu
masih lagi berada di Sabah, menolak untuk berundur walaupun pertempuran
telah berlaku sejak Jumaat lalu telah meragut 28 nyawa setakat ini.
Bagaimanapun, laman web berkenaan melaporkan di;www.abs-cbnnews.com,
Lacierda bagaimanapun tidak menyatakan sekiranya bersetuju bahawa
“peluang” telah tertutup untuk rundingan kerana mereka telah membunuh
anggota keselamatan.
Jarumemas: Semoga Sabah akan selamat dari segala musibah. Lindungilah rakyat Sabah dan bersihkan nama Malaysia, Ya Allah!!Tunjukkanlah kebenaran Ya Allah!!
No comments:
Post a Comment