KUALA LUMPUR, 4 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
menyifatkan perbuatan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan
Semporna, Sabah sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.
Beliau
berkata kumpulan itu bertindak ganas sehingga menyebabkan pertumpahan
darah dan kehilangan nyawa lapan anggota pasukan keselamatan negara
dalam dua kejadian berasingan di kedua-dua lokasi serangan itu.
“Kita cuba nak selesaikan perkara ini tanpa pertumpahan darah, tetapi
kita dapati orang Sulu ini ganas, mereka bukan sahaja membunuh askar
kita tetapi cederakan orang yang sudah mati.
“Kononnya mereka orang Islam tetapi perbuatan mereka tidak mengikut
kehendak agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
‘Global Muslim Conference on Unity and Economy’ anjuran Dewan Perniagaan
Melayu Malaysia (MCCM) di sini hari ini.
Jarumemas: Kerajaan perlu mengambil tindakan segera supaya dapat mengalahkan
kumpulan penceroboh itu dan menghadapkan mereka ke mahkamah kerana
membunuh.
No comments:
Post a Comment