Wednesday, 30 January 2013

PAS bimbang warga asing guna IC tak dituntut

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut penjelasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa mengarahkan untuk menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut ke Sabah.

"Saya bimbang kad pengenalan yang mereka kata hendak dilupuskan ini diberi kepada warga asing yang akan membenarkan mereka mengundi pada pilihan raya," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Beliau mendakwa beliau dimaklumkan mengenai perkara itu melalui satu surat arahan yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Beliau mendakwa surat bertarikh 14 Disember itu mengarahkan agar kad pengenalan serta Mykid yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan dihantar melalui pos ke Keningau, Sabah.


Jarumemas: Janganlah diperbodohkan pegawai Jabatan Imigresen dalam soal ini.

Abdul Gani: Kerajaan sedia ambil tindakan berdasarkan laporan RCI

TAWAU, 28 Jan – Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah,  kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah, maka tindakan akan diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan diperbetulkan.

“Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI.

“Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti keterangan khabar angin pun kita terima.

“Tapi untuk kita ke mahkamah, kita kena tengok keterangan yang boleh diterima. Itu kita mesti tengok tetapi itu bukan satu alasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap orang yang telah buat salah. Tak ada. Tetapi kita akan mengambil tindakan tetapi mesti mengikut lunas-lunas undang-undang.

“Jika saya tidak mengikut lunas undang-undang, orang akan kata, oh saya tak adil atau kerajaan tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan pembukaan Tahun Perundangan 2013 di Mahkamah Tawau di sini hari ini.


Jarumemas: Tidak suka bersaksi ke lutut...

Janji PM di Kelantan sudah diambil tindakan — Mustapa

JELI, 28 Jan — Umno Kelantan sudah mengambil tindakan susulan bagi merealisasikan tujuh projek utama yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan baru-baru ini.

Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata antara tindakan awal dilakukan ialah mengenal pasti tapak untuk pembinaan projek perumahan rakyat dan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Beberapa janji dibuat Perdana Menteri sudah pun kita mula ambil tindakan umpamanya tapak untuk membina 1,000 rumah rakyat membabitkan 2.4 hektar tanah telah dikenal pasti termasuk peruntukan dan insya-Allah akan dilaksanakan.

"Untuk UiTM pula, 5.6 hektar sudah pun ada tanahnya dan sedang dirunding harganya dengan tuan tanah tersebut, jadi tindakan sudah diambil," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Lanas di sini hari ini.


Jarumemas: Moga rakyat buka mata hati menilai yang mana satu kaca  yang mana satu permata...

Ekonomi pelbagai, tumpuan kepada belia, BN yakin tawan Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 30 Jan — Kefahaman konvensional adalah Pakatan Rakyat (PR) akan mempertahankan Pulau Pinang pada Pilihan Raya 2013, tetapi Teng Chang Yeow bukanlah seorang lelaki yang konvensional. Beliau berhasrat untuk mengembalikan hab pembuatan utama dan pelancongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum tahun ini. 

Ketua BN Pulau Pinang dan rakan-rakannya mensasarkan untuk menukar ekonomi negeri dengan mempelbagaikan ekonomi untuk merangsang kedua-dua pembuatan bertaraf tinggi dan perkhidmatan terutamanya pelancongan, kewangan dan jaringan pengangkutan, dengan mengatakan beliau boleh melakukan lebih baik daripada kerajaan semasa yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

Teng juga memfokuskan kepada keperluan belia di Pulau Pinang, yang membentuk demografi penting dalam pilihan raya umum akan datang. Kira-kira 25 peratus dari 13.3 juta pengundi di seluruh negara adalah pengundi kali pertama, terutamanya belia.

“Kami mahu menawarkan diri kami kepada orang Pulau Pinang dan berkata lihat, kami sudah bersedia untuk memimpin Pulau Pinang sekali lagi,” kata Teng, yang dilantik untuk memimpin BN Pulau Pinang tahun lalu, tiga tahun selepas gabungan tersebut kehilangan negeri kepada PR dalam Pilihan Raya 2008.


Jarumemas: Semoga BN berjaya menguasai Pulau Pinang semula.

Keluarga Sugumaran tidak akan sertai inkues, kata peguam

KUALA LUMPUR, 30 Jan — Keluarga C Sugumaran tidak akan menyertai inkues untuk menentukan punca kematiannya, kata peguam mereka yang berkeras terdapat bukti menunjukkan pengawal keselamatan itu mati dibunuh.

Semalam, polis dilaporkan menolak permintaan keluarga untuk bedah siasat kedua dan penyiasatan di bawah kes bunuh, selepas mendapat persetujuan Pejabat Peguam Negara untuk melakukan inkues.

“Mengadakan inkues selepas terdapat bukti dari saksi kejadian yang mencadangkan berlakunya serangan dan pembunuhan adalah tidak logik, jahat dan menyalahi undang-undang,” kata peguam keluarga N Surendran dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini.

“Kita nyatakan di sini secara mutlak, keluarga C Sugumaran tidak akan mengambil bahagian dalam inkues memalukan ini.”

Mereka mendakwa kerajaan mahu menutup kes pembunuhan Sugumaran.


Jarumemas: Selagi ada bahan yang boleh dipolitikkan akan dijadikan bola tanggung...

Pendatang haram mengatakan akan kembali ke Sabah selepas dihantar pulang

KOTA KINABALU, 30 Jan — Dua pendatang haram dari Filipina dan Indonesia memberitahu Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram hari ini mereka akan kembali ke Sabah secara sah untuk bekerja selepas dihantar pulang.

Degon Amy, 23, dari Filipina, dan Nisa Rahman, 29, dari Indonesia, mengatakan mereka ditahan di Pusat Tahanan Imigresen di Sandakan, Sabah, semenjak November dan Disember sementara tunggu dihantar pulang.

“Saya mahu dapatkan passport dan datang semula,” kata Degon kepada RCI hari ini.

“Saya mahu cari kerja. Upah rendah (di Filipina),” katanya.

Degon menambah beliau pernah bekerja sebagai konduktor bas dengan gaji RM15 sehari semenjak beliau berumur 15 tahun.


Jarumemas: Adakah mereka bercakap benar?

For Election 2013, Malaysians plan trip across Causeway to vote

KUALA LUMPUR, Jan 30 — Barred from voting by post, a growing number of the estimated 400,000 Malaysians living in Singapore are planning to return home to cast their ballot in Election 2013, the Straits Times (ST) newspaper reported today.

The Singapore daily reported more than 100 people have registered with a carpooling website, Balik Undi, run by the Singapore chapter of local polls reform group, Bersih, which aims to help Malaysians save on travel costs for that trip home during the 13th general elections that mist be called by April.

The website helps to match drivers and passengers who share similar destinations through an online form.
Bersih Singapore coordinator Ong Guan Sin told ST that the group will be pushing the campaign hard after the Election Commission (EC) announced last week that Malaysians living and working in across the Causeway and in neighbouring southern Thailand, Brunei and Kalimantan in Borneo Indonesia would be excluded from a new regulation allowing Malaysians abroad to vote by post.


Jarumemas: Most welcome!!