TAWAU, 28 Jan – Kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap apa jua
laporan dan resolusi daripada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang
sedang menyiasat kehadiran pendatang asing tanpa izin di Sabah, kata
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata sekiranya terdapat unsur jenayah, maka tindakan akan
diambil dan jika didapati terdapat sesuatu yang tidak betul ia akan
diperbetulkan.
“Ya (kita sedia ambil tindakan). Kita semua mesti ingat, kalau
kesalahan jenayah, kita akan ambil tindakan. Kalau ada perkara yang tak
betul akan dibetulkan. Itu janji kerajaan. Itu sebab kita ada RCI. Kalau
kerajaan tak mahu buat (RCI), tak ada RCI.
“Tetapi kita mesti ingat, apabila kita bercakap tentang pendakwaan
jenayah ini, kita kena tengok lagi adakah cukup bukti. Dalam RCI ini
apa-apapun orang cakap boleh diterima, tanpa buktipun kita terima. Bukti
keterangan khabar angin pun kita terima.
“Tapi untuk kita ke mahkamah, kita kena tengok keterangan yang boleh
diterima. Itu kita mesti tengok tetapi itu bukan satu alasan untuk tidak
mengambil tindakan terhadap orang yang telah buat salah. Tak ada.
Tetapi kita akan mengambil tindakan tetapi mesti mengikut lunas-lunas
undang-undang.
“Jika saya tidak mengikut lunas undang-undang, orang akan kata, oh
saya tak adil atau kerajaan tidak adil,” katanya kepada pemberita
selepas menghadiri majlis sambutan pembukaan Tahun Perundangan 2013 di
Mahkamah Tawau di sini hari ini.
Jarumemas: Tidak suka bersaksi ke lutut...
No comments:
Post a Comment