KUALA LUMPUR, 30 Jan — Keluarga C Sugumaran tidak akan menyertai
inkues untuk menentukan punca kematiannya, kata peguam mereka yang
berkeras terdapat bukti menunjukkan pengawal keselamatan itu mati
dibunuh.
Semalam, polis dilaporkan menolak permintaan keluarga untuk bedah
siasat kedua dan penyiasatan di bawah kes bunuh, selepas mendapat
persetujuan Pejabat Peguam Negara untuk melakukan inkues.
“Mengadakan inkues selepas terdapat bukti dari saksi kejadian yang
mencadangkan berlakunya serangan dan pembunuhan adalah tidak logik,
jahat dan menyalahi undang-undang,” kata peguam keluarga N Surendran dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini.
“Kita nyatakan di sini secara mutlak, keluarga C Sugumaran tidak akan mengambil bahagian dalam inkues memalukan ini.”
Mereka mendakwa kerajaan mahu menutup kes pembunuhan Sugumaran.
Jarumemas: Selagi ada bahan yang boleh dipolitikkan akan dijadikan bola tanggung...
No comments:
Post a Comment