JELI, 28 Jan — Umno Kelantan sudah mengambil tindakan susulan bagi
merealisasikan tujuh projek utama yang diumumkan Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan baru-baru ini.
Pengerusi
Badan Perhubungannya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata antara tindakan
awal dilakukan ialah mengenal pasti tapak untuk pembinaan projek
perumahan rakyat dan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Beberapa janji dibuat Perdana Menteri sudah pun kita mula ambil
tindakan umpamanya tapak untuk membina 1,000 rumah rakyat membabitkan
2.4 hektar tanah telah dikenal pasti termasuk peruntukan dan insya-Allah
akan dilaksanakan.
"Untuk UiTM pula, 5.6 hektar sudah pun ada tanahnya dan sedang
dirunding harganya dengan tuan tanah tersebut, jadi tindakan sudah
diambil," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan
Awal Persekolahan RM100 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Lanas di sini hari ini.
Jarumemas: Moga rakyat buka mata hati menilai yang mana satu kaca yang mana satu permata...
No comments:
Post a Comment